The Author


•-] About Me [-•

•-] Name [-•
MuHaMMaD HaNeeF B. IsMaiL

•-] Hawaii Name [-•
TaMuRaMaRo sHiRaNe

•-] Age [-•
14 Years Old

•-] Gender [-•
Male

•-] Religion [-•
Islamic

•-] Race [-•
Malay

•-] D.O.B [-•
25 May 1990

•-] Starsign [-•
Gemini

•-] Schools [-•
Malacca High School

•-] Hometown [-•
Taman Indah,Malacca

•-] Full Profile [-•

Full Profile Click Here

•-] Add Me [-•

•-] Friendster [-•
haneef90@yahoo.com.sg

•-] MySpace [-•
haneef90@yahoo.com.sg

•-] MyRakan [-•
haneef90@yahoo.com.sg

•-] Hi5 [-•
haneef90@yahoo.com.sg

•-] Circles99 [-•
haneef90@yahoo.com.sg

•-] Circles99 [-•
spykidzboyz@yahoo.com.sg

•-] Yahoo Messenger [-•
s-p-y.___.b-o-y-z@sbcglobal.net

•-] MSN Messenger [-•
haneef_lop@hotmail.com

•-] Chat Box!!~ [-•




Β 
Contents

<< December 2009 >>
Sun Mon Tue Wed Thu Fri Sat
 01 02 03 04 05
06 07 08 09 10 11 12
13 14 15 16 17 18 19
20 21 22 23 24 25 26
27 28 29 30 31


Β 
Critics



Β 
Epilogue



Name
URI
Msg

•-] FriendsBlog [-•

•-] KhAiRuL [-•

•-] HuSNa NaNa [-•

•-] HuSNa ALiA [-•

•-] NuRuL [-•

•-] aNiS [-•

•-] LiL PhEoNiX [-•

•-] LiSa [-•

•-] MuNiRaH [-•

•-] MaRdHiYaH [-•

•-] AiN [-•

•-] WaTiD [-•

•-] iRnA iZyAnA [-•

•-] NaZiHaH [-•

•-] aNa [-•

•-] iZZy [-•

•-] MiRa [-•

•-] aFiQuE [-•

•-] FaHiM [-•

•-] GenG BiSiNG [-•

•-] Fav. Links [-•

•-] Friendster [-•

•-] MySpace [-•

•-] MyRakan [-•

•-] Hi5 [-•

•-] Circles99 [-•

•-] Era.fm [-•


Contact Me
If you want to be updated on this weblog Enter your email here:


Acknowledgements

Layout: Marianne
Picture: Stock.XCHNG
BLOGDRIVE
TEMPLATES
My Life, My Story


rss feed
HaNeeF bLoG
Monday, May 16, 2005

The Contender

The Boxers...
West

Alfonso

View Slideshow
Jesse

View Slideshow
Sergio

View Slideshow
Miguel

View Slideshow
Tarick

View Slideshow
Ishe

View Slideshow
Joey

View Slideshow
Anthony

View Slideshow


East

Peter

View Slideshow
Najai

View Slideshow
Jeff

View Slideshow
Jonathan

View Slideshow
Brent Eliminated

View Slideshow
Juan

View Slideshow
Jimmy

View Slideshow
Ahmed

View Slideshow

The Talent...

Sly

View Slideshow
Sugar Ray

View Slideshow
Tommy

View Slideshow
Jackie

View Slideshow



written by haneef90 at 11:07 pm
Comments (7)




HaNeeF BLoG
Wednesday, March 09, 2005

Peta Hotel Di Tempat Kejadian

Image hosted by Photobucket.com

Soalan: Ada 6 orang sahabat sedang bercuti di sebuah hotel...Pada suatu hari si (A) mati keracunan di bilik beliau...Polis datang untuk membuat pemeriksaan...Polis mendapati banyak catur bertburan di bilik si (A)....Si (A) didapati memegang sebiji buah catur iaitu jenis knight (KUDA)...Polis menshaki antara kelima-lima sahabat si (A)...Siapakah Pembunuh si (A)??Mengapa anda menuduh beliau yang membunuh??

Klu-Klu:  Ayie:- Penunggang Kuda
                Niejam:- Pemain Catur
                Asila:- Jururawat
                Khai:- Doctor Haiwan
                Ella:- Perternak Kuda




written by haneef90 at 08:46 pm
Make a comment




HaNeeF bLoG
Thursday, February 17, 2005

Tanda-Tanda Hari Sebelum Hari Mati

Tanda 100 hari sebelum hari mati.

Ini adalah tanda pertama dari Allah SWT
kepada ha
mbanya dan hanya akan disedari
oleh mereka yang dikehendakinya.
Walaubagaimanapun semua orang Islam akan
mendapat tanda ini cuma samada mereka
sedar atau tidak sahaja.
Tanda ini akan berlaku lazimnya selepas
waktu Asar. Seluruh tubuh iaitu dari hujung
rambut sehingga ke hujung kaki akan mengalami
getaran atau seakan-akan mengigil. Contohnya
seperti daging lembu yang baru saja disembelih
dimana jika diperhatikan dengan teliti kita akan
mendapati daging tersebut seakan-akan
bergetar. Tanda ini rasanya lazat dan bagi
mereka yang sedar dan berdetik di hati bahawa
mungkin ini adalah tanda mati maka getaran ini
akan berhenti dan hilang setelah kita sedar
akan kehadiran tanda ini. Bagi mereka yang tidak
diberi kesedaran atau mereka yang hanyut
dengan kenikmatan tanpa memikirkan soal
kematian, tanda ini akan
lenyap begitu sahaja tanpa sebarang munafaat.
Bagi yang sedar dengan kehadiran tanda ini
maka ini adalah peluang terbaik untuk
memunafaatkan masa yang ada untuk
mempersiapkan diri dengan amalan dan urusan
yang akan dibawa atau ditinggalkan sesudah
mati.


Tanda 40 hari sebelum hari mati

Tanda ini juga akan berlaku sesudah
waktu Asar. Bahagian pusat kita akan
berdenyut-denyut. Pada ketika ini daun yang
tertulis nama kita akan gugur dari pokok yang
letaknya di atas Arash Allah SWT.
Maka malaikat maut akan mengambil daun
tersebut dan mula membuat persediaannya ke
atas kita, antaranya ialah ia akan mula
mengikuti kita sepanjang masa. Akan terjadi
malaikat maut ini akan memperlihatkan wajahnya
sekilas lalu dan jika ini terjadi, mereka yang
terpilih ini akan merasakan seakan-akan bingung
seketika. Adapun malaikat maut ini wujudnya
cuma seorang tetapi kuasanya untuk mencabut
nyawa adalah bersamaan dengan jumlah nyawa
yang akan dicabutnya.


Tanda 7 hari

Adapun tanda ini akan diberikan hanya
kepada mereka yang diuji dengan musibah
kesakitan di mana orang sakit yang tidak
makan se
cara tiba-tiba ianya berselera untuk
makan.



Tanda 3 hari

Pada ketika ini akan terasa denyutan di
bahagian tengah dahi kita iaitu diantara dahi
kanan dan kiri. Jika tanda ini dapat dikesan
maka berpuasalah kita selepas itu supaya perut
kita tidak mengandungi banyak najis dan ini akan
memudahkan urusan orang yang akan
memandikan kita n
anti. Ketika ini juga mata
hitam kita tidak akan bersinar lagi dan bagi orang
yang sakit hidungnya akan perlahan-lahan jatuh
dan ini dapat dikesan jika kita melihatnya dari
bahagian sisi. Telinganya akan layu dimana
bahagian hujungnya akan beransur-ansur masuk
ke dalam. Telapak kakinya yang terlunjur akan
perlahan-lahan jatuh ke depan dan sukar
ditegakkan.



Tanda 1 hari

Akan berlaku sesudah waktu Asar di mana
kita akan merasakan satu denyutan di sebelah
belakang iaitu di kawasan ubun-ubun di mana
ini menandakan kita tidak akan sempat untuk
menemui waktu Asar keesokan harinya.



Tanda akhir

Akan berlaku keadaan di mana kita akan
merasakan satu keadaan sejuk di bahagian
pusat dan ianya akan turun ke pinggang dan
seterusnya akan naik ke bahagian halkum. Ketika ini
hendaklah kita terus mengucap kalimah syahadah
dan berdiam diri dan menantikan kedatangan
malaikatmaut untuk menjemput kita kembali
kepada Allah SWT yang telah menghidupkan

kita dan sekarang akan mematikan pula.
Sesengguhnya mengingati mati itu adalah bijak
 

YoU TyPe aGaiN & SeNd tO All Friends

Copyright By HaNeeF




written by haneef90 at 08:18 pm
Comment (1)




HaNeeF bLoG
Wednesday, February 16, 2005

MURTADNYA SESEORANG ITU JIKA IA MENYAMBUT VALENYINE DAY :

Tarikh 14 Feb setiap tahun seluruh dunia baik dunia islam mahupun
barat pasti sambut hari kekasih. Sekali lagi untuk diingatkan bahawa
sambutan itu adalah haram dan boleh menyebabkan murtad terkeluar
dari ISlam...nauzubillah...

Kita hayati kembali apa yg dipernah disiar oleh Utusan Malaysia.
berkenaan fatwa yang dikeluarkan oleh Mufti perak..

--------------petikan UM Feb 2004-------------

Murtad sambut hari kekasih mirip agama Kristian.

KUALA LUMPUR 11 Feb. - Umat Islam yang meraikan Hari Memperingati
Kekasih pada 14 Februari boleh dianggap murtad atau terkeluar
daripada Islam jika cara melakukannya mirip dengan agama asal
perayaan itu, Kristian.
Mufti Perak, Datuk Seri Harussani Zakaria berkata, hukum itu boleh
jatuh kepada mereka berdasarkan sebuah hadis sahih yang menyebut
bahawa:

``Sesiapa yang melakukan perbuatan yang menyerupai sesuatu kaum itu,
maka ia turut termasuk bersama golongan tersebut.''


Beliau berkata, perbuatan meraikan hari berkenaan juga akan menjadi
lebih bercanggah dengan ajaran Islam terutamanya apabila ia
dikaitkan sebagai usaha untuk memperingati kematian seorang paderi
yang dibunuh seperti mengikut sejarah purba Rom.

``Kita umat Islam tidak perlukan budaya atau amalan seperti ini yang
jelas bertentangan dengan agama kita. Lagipun ajaran Islam sudah
lengkap, sempurna dan diyakini,'' katanya ketika dihubungi di sini
hari ini.

Beliau mengulas sikap umat Islam di negara ini khususnya muda-mudi
yang masih cenderung untuk meraikan Hari Memperingati Kekasih setiap
kali muncul 14 Februari biarpun telah banyak penerangan disampaikan
oleh para ulama.


Mengikut sejarah mitos, sambutan berkenaan diasaskan oleh masyarakat
Rom yang beragama Kristian sebagai memperingati peristiwa seorang
paderi yang dihukum bunuh oleh pemerintah Rom, Claudius II.

Saint Valentine dihukum bunuh kerana mengahwinkan salah seorang
askar secara rahsia sedangkan undang-undang Rom ketika itu
menghalang golongan muda berkahwin atau berkeluarga sebaliknya
dikerah untuk menjadi tentera.

Hari ini budaya Valentine menganjurkan orang ramai menghantar kad
ucapan Valentine kepada buah hati mereka, teman karib dan orang-
orang yang mereka sayangi sebagai simbolik dalam menyatakan cinta
terhadap mereka.

Pada zaman pertengahan, masyarakat England dan Perancis menganggap
14 Februari sebagai `hari burung-burung mencari pasangan mereka.'

Pada kurun ke-14 dan ke-15 mereka mula meniru perbuatan burung
tersebut dengan mengadakan hari mencari pasangan atau jodoh pada
tarikh tersebut.

Masing-masing akan mengucapkan `Selamat Hari Valentine' sesama
pasangan mereka.


Ada juga mitos menyebut, kad Hari Valentine dijadikan amalan
memperingati peristiwa seorang paderi yang dipenjarakan dan sering
menghantar kad bertulis From Your Valentine kepada kekasihnya,
seorang gadis iaitu anak seorang pengawal penjara.

Harussani turut menyeru umat Islam agar tidak sesekali meniru budaya
asing dan ternyata bercanggah itu apatah lagi ia turut menjerumuskan
mereka ke lembah kemaksiatan.

``Mengapa kita perlu mengamalkannya sedangkan Islam menggalakkan
umatnya kasih-mengasihi sesama sendiri sepanjang waktu dan bukannya
menetapkan pada hari-hari tertentu atau berkala.


``Bahkan jika kita tidak bertegur sapa dengan saudara se-Islam
selama tiga hari berturut-turut, hukumnya sudahpun jatuh haram. Jadi
amalan atau budaya Islam sendiri sudah terbukti jauh lebih baik,''
kata beliau.

Menurut Harussani, Islam turut menggalakkan umatnya mengasihi sesama
mereka secara ziarah-menziarahi selain berkongsi suka-duka dengan
tumpang bersyukur jika senang dan bertakziah atau bersimpati apabila
ditimpa malapetaka.

``Berkasih sayang bagi Islam juga tidak terhad kepada golongan
tertentu sebaliknya meliputi semua pihak dengan keutamaannya
diberikan kepada ibu bapa, suami isteri, keluarga, saudara Muslim
dan akhirnya seluruh manusia,'' kata beliau.

 

 

Copyright By HaNeeF




written by haneef90 at 10:40 pm
Make a comment




HaNeeF bLoG
Saturday, February 12, 2005

Letih Baru Balik Dari Kelate

Assalammualaikum....apa kabar semua...sorry laa HaNeeF lom update lagi blog ni...sebab gi bercuti laa kat Kelantan...tu pasal la letih sket..munkin tunggu 2 - 3 hari lagi HaNeeF update kot...Korang cuti-cuti nii tak gi jejalan memana ker??Balik kampong ker umah sedara ker berkemah ker gi outrack ker apa-apa jerlah...heheheh!!~ anyway korang tunggu jer laa 2 - 3 hari lagi HaNeeF update okies..hehehe!!~ lagi 1 HaNeeF nak ucapkan happy birthday kepada orang yg sambut birthday bulan Fenruari nii.....

 

-HaNeeF-




written by haneef90 at 11:54 pm
Make a comment




HaNeeF bLoG
Saturday, February 12, 2005

Ni Pic baru update Tadi...Tu sebahagian pic HaNeeF masa kat Kelate...Korang x gi memana ker...Korang comment laa pic mana yg x lawa okies...HaNeeF letak 6 pic jer...korang tengok yg mana x lawa korang comment okies....korang tunggu laa pic lain nanti HaNeeF update okies...




written by haneef90 at 11:50 pm
Comment (1)




HaNeeF bLoG
Tuesday, February 08, 2005

Pic Ni Baru Siap Tadi....Anyway Kalau Lawa Leh Comment Okies...Kalau x Lawa Korang Comment ler Okies.....Korang Tunngu Laa ...HaNeeF nak Update PIC Lain Lak...Kekeke!!~




written by haneef90 at 07:33 pm
Comment (1)




HaNeeF bLoG
Monday, February 07, 2005

Cinta Itu [x]

 

Cinta yang luhur perlukan pengorbanan.
Tidak semua cinta itu indah isinya.

Tak semua cinta berakhir dengan kebahagiaan.
Cinta itu terlalu sukar untuk dihuraikan,

 

Terlalu misteri bentuknya.
Cinta bukan selamanya indah.
Cinta tidak selamanya kekal abadi.
Cinta itu tidak pernah sama bentuknya.
Cinta juga tidak pernah menjanjikan keriangan.

Yang kekal hanyalah cinta pada Allah SWT.
Cinta yang membawa manusia ke syurga.
Itulah yang seabadi cinta yang tertinggi darjatnya.


Bila Bercinta Kerana ALLAH, Berpisahnya Tak Gelisah, Bila Rindu Kerana
Yang SATU, Bertemu Pasti Tak Jemu,Bila Bercinta Kerana Nafsu,
Berpisahnya Tak Menentu, Hidup Pasti Jemu.....




written by haneef90 at 11:52 pm
Make a comment




HaNeeF bLoG
Monday, February 07, 2005

Maknanya CINTA!!~

Jika kita mencintai seseorang, kita akan sentiasa mendoakannya walaupun dia tidak berada disisi kita. Tuhan memberi kita dua kaki untuk berjalan, dua tangan untuk memegang, dua telinga untuk mendengar dan dua mata untuk melihat. Tetapi mengapa Tuhan hanya menganugerahkan sekeping hati pada kita? Kerana Tuhan telah memberikan sekeping lagi hati pada seseorang untuk kita mencarinya. Itulah namanya Cinta...




written by haneef90 at 08:04 pm
Make a comment




HaNeeF bLoG
Saturday, February 05, 2005

Surat 1

Petugas sukarela kecewa layanan mangsa tsunami

PADA 26 Disember lalu, kira-kira jam 1.50 tengah hari, saya menerima panggilan supaya pergi ke tempat bencana tsunami di Kuala Muda, Kedah, untuk membantu penduduk di sana. Saya dengan segera bergegas ke sana dan tiba pada jam 2.05 petang.

Bermula dari saat itu hingga 16 Januari lalu, saya berada di sana bagi membantu mangsa tsunami. Selama saya di sana, tidak pernah pun mendengar perkataan ‘terima kasih’ yang diucapkan oleh mangsa tsunami dengan apa yang kami semua lakukan untuk mereka.

Malah, hampir setiap masa ada saja yang tidak kena, semua petugas sukarela dimaki hamun dan difitnah hampir setiap masa. Sikap segolongan mangsa tsunami ini memang keterlaluan sehingga menyebabkan ramai petugas sukarela berasa amat kecewa.

Ada juga petugas yang menarik diri dan ada juga yang berjanji pada diri mereka sendiri yang itulah kali terakhir mereka datang untuk membantu.

Petugas sukarela itu semua memberikan khidmat secara percuma dan tidak dibayar oleh mana-mana pihak. Jadi, mangsa tsunami seharusnya bersyukur dan berterima kasih dengan kehadiran mereka dan bukannya memaki hamun mereka sesuka hati.

Walaupun ada di antara mereka yang hadir kerana diuruskan oleh parti politik, niat mereka hanya untuk membantu mangsa, bukannya mengemis.

Saya berasa amat kecewa dengan layanan yang mereka berikan. Saya juga bersimpati dengan Jabatan Kerja Raya (JKR) di atas laporan polis yang dibuat mendakwa mereka telah mencuri buah kelapa muda milik mangsa tsunami di Kota Kuala Muda. Berapa sangatlah harga sebiji kelapa muda itu berbanding bantuan yang mereka berikan.

Saya juga berharap ketua bagi semua badan sukarela dapat mengadakan jamuan makan selepas ini kepada semua petugas sukarela yang datang ke Kota Kuala Muda kerana ada di antara mereka yang tidak makan nasi hingga beberapa hari, termasuk saya.

Kami tidak dapat meninggalkan tempat kejadian kerana barang-barang yang dihantar terlalu banyak dan tiada sesiapapun mahu tolong mengangkatnya walaupun mangsa tsunami sendiri.

Saya berharap supaya media tidak mudah terpengaruh dengan isu karut yang diberikan oleh mangsa kerana ia hanya dapat mewujudkan perasaan benci dan marah kami semua petugas terhadap pihak media.

Jika semua pihak menyalahkan kami, kalau terjadi apa-apa bencana selepas ini, jangan lagi membabitkan petugas sukarela.

Fikirlah semua untuk kebaikan bersama. Adakah ini balasan atau hukuman di atas kebaikan yang kami lakukan.

PETUGAS SUKARELA KECEWA,

Sungai Petani, Kedah.




written by haneef90 at 01:45 pm
Make a comment





Next Page